Sabtu, 31 Julai 2010

CEPAT DAFTAR MENGUNDI PERLU BAGI ORANG MELAYU SEKARANG.

Di sini penulis ingin menyatakan yang daftar pemilih bagi orang melayu amat penting pada masa ini.Kerana apa dari pengetahuan yang penulis dapatkan adalah nisbah 40 :1 bagi seluruh Malaysia,
di Jerantut saja nisbah 10 : 2.
40 adalah bari bangsa lain di Malaysia, 10 dari bangsa lain di Jerantut. Jadi di sini penulis mengesyorkan yang kita sebagai bangsa melayu kena ambik berat terhadap perkara ini. Penulis juga takut kuasa orang melayu akan hilang di muka bumi Malaysia ini.
Kepada orang orang muda melayu yang cukup 21 tahun hendak terus pergi ke pusat pusat daftar pemilih yang berdekatan.Kerana di sini didapati golongan muda ini tidak mengambil endah tentang daftar pemilih ini.
Penulis juga ingin menerangkan kepada orang orang muda yang belum membuat pendaftaran segera membuat pendaftaran kerana ia amat penting kepada kita orang melayu. Adakah kita mahu anak anak melayu kita akan hilang hak orang orang melayu yang masih kuat pada masa ini.
Semoga apa yang ditulis pada hari ini kita dapat memberi tahu kepada anak anak muda pada zaman sekarang betapa pentingnya daftar pemilih ini.
Penulis ingin menangis sebentar untuk memikirkan kenapa anak anak muda zaman sekarang tidak mahu membuat daftar pemilih. 1 undi menentu hala tuju negara. Marilah kita mengambil berat apa yang berlaku sekarang. Daftar pemilih bukan politik,tp daftar pemilih menentukan siapa kita semua pada masa akan datang.

Sekian. Berkhidmat untuk Negara TanggungJawab Semua.

Jumaat, 30 Julai 2010

MELETUP -TUAN RUMAH KEMEKAH PENCURI MASUK

PAS GELEDAH DUN TAHAN

Semua ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan UMNO DUN Tahan berangkat keMekah pada 24 Julai 2010, Penduduk-penduduk dibeberapa kampung di Ulu Tembeling telah berkerjasama dengan PAS masuk kesana. Rombongan PAS terdiri dari Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, Mat Sabu dan Dr. Hamzah telah berkenduri besar dengan orang kampung Ulu Tembeling.

Rombongan itu bermula 26 Julai 2010 dan mereka bermalam dirumah penduduk disana. Lima kampung dilawati mendapat sambutan hangat orang-orang kampung kerana tidak perlu dirisaukan apabila  semua boss-boss berada diluar negara. Aktiviti PAS rancak dijalankan dan penduduk berpuas hati .

Ternyata masyarakat sudah berani memprotes pemimpin mereka secara terbuka sekarang. Maklumat tentang rombongan pemimpin-pemimpin akan berangkat keluar negara itu telah diketahui masyarakat disana hampir sebulan lepas, maka senyap-senyap mereka berpakat untuk mengisi kekosongan tersebut dengan menjemput Presiden dan pemimpin kanan PAS mudik keUlu Tembeling ternyata berjaya.

Entahlah,  terlalu banyak yang tak kena sekarang.