Selasa, 31 Januari 2012

MENGAPA KEMAS DAN UMNO TIDAK SALING BERKAIT ? ? ? LUPA KAH UMNO PADA JASA KEMAS

 SALAM SEMUA.


Kita berjumpa lagi.


Pada hari ini penulis ingin berkongsi cerita mungkin agak lama terpendam di lubuk hati penulis mengenang nasib apa fungsi dan kelebihan Jabatan KEMAS dan apa tugas tugas yang di beri bagi membantu UMNO untuk pilihanraya yang akan datang. Penulis ingin mendapat maklum balas dari orang ramai khas nya orang melayu seluruhnya. Penulis juga pernah melawat Pejabat KEMAS Daerah Jerantut baru baru ini. Penulis amat terkejut kerana pada waktu dahulu KEMAS adalah satu organisasi yang dapat menbantu pilihan raya bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kini lain jadinya.


Penulis melihat yang Jabatan KEMAS hanya dapat menjaga pelajar pelajar Pra Sekolah sahaja, tugas mengajar ibu ibu tunggal menjahit dan sebagainya, Untuk menjaga UMNO itu sudah tiada lagi, padahal tugas KEMAS adalah menbantu UMNO itu. Adakah KEMAS telah di koperatkan? Adakah KEMAS tidak digunakan pakai oleh UMNO itu sendiri? Adakah UMNO merasakan parti mereka kuat untuk hadapi pilihan raya? Adakah peruntukan kepada KEMAS tidak disalurkan lagi, cuma berharap pada wang ibubapa yang menghantar anak anak mereka ke tadika KEMAS? Adakah KEMAS tiada kaitan dengan UMNO lagi? Tepuk dada tanya UMNO.


UMNO perlu bersatu dengan KEMAS kerana KEMAS adalah satu satu organisasi yang tahu apa yang berlaku didalam UMNO itu sendiri. Laporan pengundi pengundi pada KEMAS, Laporan pilihan raya pada KEMAS, Laporan pemimpin tinggi UMNO pada pihak KEMAS, Pemantauan KEMAS adalah sangat baik tetapi KEMAS seperti di koperatkan. MENGAPA di anak tirikan KEMAS. UMNO perlu mengkaji dan bersepakat bersama pihak KEMAS jika mahu memerintah lagi DAERAH JERANTUT khasnya. UMNO perlu kena ada kerjasama yang baik bersama pihak KEMAS. 

Perlu di betulkan sebelum terlambat.

Wasalam.