Jumaat, 11 Oktober 2013

DATO NORHELAN SAYANGKAN WANITA JERANTUT.

SETELAH 6 BULAN PENULIS MENYEPIKAN DIRI DARI PERTAPAAN DI GUA HANTU, PENULIS DAPAT MENILAI SIAPA YANG AKAN MENERAJUI PERTANDINGAN WANITA UMNO BAHAGIAN JERANTUT ANTARA DATO NORHELAN MAHMUD VS SITI HAJAR MUBIN.



PENULIS BERSETUJU SEMUA PERWAKILAN WANITA MEMILIH DATO NORHELAN MAHMUD UNTUK PENGGAL KE2 SESI 2013 -2017 SEBAGAI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN JERANTUT. 



BELIAU ANTARA KETUA WANITA YANG BAIK DAN SENTIASA MERENDAH DIRI BILA BERHADAPAN DENGAN SEMUA RAKYAT JERANTUT. PENULIS PERCAYA BELIAU LAYAK SEKALI LAGI MENERAJUI PIMPINAN WANITA UMNO BAHAGIAN JERANTUT.


CALON NAIB KETUA WANITA KEPADA DATO NORHELAN MAHMUD JUGA MEMPUNYAI WATAK YANG MENARIK, BELIAU TIADA ISU UNTUK DIBANGKIT DI KALANGAN WANITA WANITA JERANTUT. PENULIS ADA BERBORAK BORAK BERSAMA CALON NAIB KETUA WANITA INI IAITU PUAN HJH FADILAH SALEHUDDIN. APA YG DI PERKATAKAN OLEH BELIAU PENULIS SGT BERSETUJU VISI DAN MISI NYA UTK WANITA SANGAT PENULIS KAGUM. PERUBAHAN DI DALAM WANITA UMNO BILA DATO NORHELAN BERGANDING BERSAMA HJH FADILAH MEMBERI SATU IMPAK YANG SANGAT BAIK UNTUK WANITA UMNO BAHAGIAN JERANTUT.



SEKIAN. TERIMA KASIH

Khamis, 17 Januari 2013

PENGERUSI GERAK GEMPUR PRU13 JERANTUT. AHMAD MURAD VS DATO WAN AMIZAN.

SALAM SEJAHTERA dan AS-SALAMMUALAIKUM.

Penulis agak sibuk dalam sebulan dua ini untuk menulis tentang politik Jerantut kerana banyak tugas yang perlu penulis selesai semasa berada di Kuala Lumpur. Tetapi banyak maklumat maklumat yang penulis dapat dari rakan rakan penulis di Jerantut.Antaranya tentang lantikan lantikan berkenaan jentera pilihan raya Parlimen Jerantut. Masing masing sibuk dengan tugas kerana pilihan raya menjelang tiba.

Penulis ada mendengar tentang lantikan jentera pilihan raya ke 13 telah di buat oleh UMNO bahagian Jerantut. Pada Pilihanraya ke 12 jentera pilihan raya telah di lantik dari kalangan AJK Umno Bahagian Jerantut seperti contoh Abdul Halim Mahasan yang dilantik sebagai Pengerusi Gerak Gempur Parlimen Jerantut. Maka gerak gempur yang dilakukan Abdul Halim Mahasan telah berjaya memenangkan Parlimen Jerantut. Pada kali ini Ketua Bahagian Jerantut, Tengku Azlan telah bersetuju untuk melantik Ahmad Murad Idris dari kalangan belia sahaja. Telah menjadi tanda tanya di kalangan Umno Jerantut kenapa dia di lantik sebagai Pengerusi Gerak Gempur Jerantut pada PRU13 kerana dia bukan lah AJK Umno atau ada jawatan penting dalam Umno. Sebetul jawatan itu patut diserahkan kepada Pemuda Umno Bahagian.




Setelah di siasat penulis bersetuju Ahmad Murad Idris dilantik sebagai Pengerusi Gerak Gempur Jerantut PRU13.Kerana ada beberapa faktor iaitu Ahmad Murad telah berjaya membuktikan program 1000 belia telah berjaya dilaksanakan pada April 2012 dan berjaya mengumpul seramai 1000 belia. Ahmad Murad juga selalu berbincang dengan MP Jerantut di Kuala Lumpur berkenaan isu politik Jerantut.




Dibawah Ahmad Murad juga ramai pengikut yang sangat kuat yang boleh membantu Parlimen Jerantut menang dengan bergaya. Dato Dr Ahmad Shukri, Wan Ahmad Bazli Shah, Wan Alba Hizam, Mohd Jamil Mohd Daut, Setiausaha Bahagian Dato Zukarmi Abu Bakar dan belia belia Jerantut yang lain . Yb Dato Dr Shukri sangat menyokong lantikan Ahmad Murad Idris.




Tiba tiba berita terbaru penulis mendapat tahu yang lantikan itu telah mendapat bantahan dari pihak pemuda, kerana jawatan itu patut diserahkan kepada Pemuda Umno Bahagian Jerantut. Mesyuarat telah di adakan untuk meminda jawatan tersebut. Dengan sebulat suara jawatan itu telah diserahkan kembali kepada Ketua Pemuda Bahagian Jerantut iaitu YB Dato Wan Amizan Abdul Razak. Kenapa Wan Amizan mahukan jawatan tersebut dari mAhmad Murad. Mungkin sebab Dato Wan Amizan irihati atau Dato Wan Amizan mahukan Parlimen Jerantut?.Ada yang mengatakan Ahmad Murad tidak layak jawatan itu atas sebab dia hanya belia setahun jagung dan tidak tahu politik Jerantut. Ada juga mengatakan yang jawatan itu hanya layak diberikan pada Pemuda Umno sahaja dan ada juga mengatakan Ahmad Murad seorang yang mempunyai ego yg sangat tinggi dan hanya tahu bercakap besar. Dikatakan Ahmad Murad telah menyebarkan surat lantikan nya kesuluruh Jerantut yang dia sebagai pengerusi gerak gempur PRU 13 nanti. Penulis melihat memang tidak ada pengalaman dari Ahmad Murad malahan beliau juga bukan Ajk Umno atau sesiapa pun dalam Umno. Dalam perkara ini rakyat Jerantut kena faham satuasi keadaan pengundi Parlimen Jerantut.



Disini penulis bersetuju Pengerusi Gerak gempur dikembalikan kepada Dato Wan Amizan kerana beliau adalah Ketua Pemuda Umno Jerantut pada masa ini. Dan jawatan itu memang layak untuk beliau. Barisan Nasional perlu menang PRU 13. Salah memilih jentera menjadi satu faktor kekalahan Barisan Nasional Jerantut.
Sekian Dimaklumkan.

HIDUP BARISAN NASIONAL

HIDUP UMNO

Wasalam