Rabu, 16 November 2011

PROJEK 6D DI DALAM AHLI MAJLIS DAERAH JERANTUT YANG BARU


Salam Berjumpa Lagi.

Ini bukan mukadimah lagi, atau mengeluarkan kata kata kiasan.Hari ini penulis akan berterus terang apa yang terbuku daripada luahan suara rakyat Jerantut terhadap kepimpinan yang ada di Jerantut sekarang ini.


Pertama penulis mendapat khabar berita tentang perlantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut yang baru. Penulis ada menghubungi staff Majlis Daerah Jerantut baru baru ini bertanya tentang perlantikan tersebut. Penulis amat terkejut apabila staff tersebut menyatakan Jerantut bakal hancur dengan lahirnya dubuk dubuk baru ini. Jadi kenapa penulis memberi tajuk PROJEK 6D. Maksud kepada PROJEK 6D ialah DATANG-DUDUK-DIAM-DENGAR-DAPAT-DUIT. Itulah bekalan kepada rakyat Jerantut pada masa akan datang.

Siapakah yang dilantik pada musim ini yg tak tahu bila berakhir Ahli Majlis tersebut, Mungkin sepanjang hayat. Mungkin setelah Barisan Nasional kalah atau mungkin satu satu di berkas SPRM. Fikir sendiri selepas mambaca lauhan ini.



Yang di lantik ialah 6 muka baru dan 6 telah terkeluar antaranya Tuan Abdullah Lebai Din atau di kenali dengan Dollah Kicap seorang peneroka di Jengka 24. Minta rakyat siasat sendiri siapa dia ini. Yang kedua Dato Halim Jalil lebih dikenali Dato Halim Chap seorang penjual roti pada masa dahulu. Yang ketiga Wan Anuar Hakim seorang bekas penghulu yang agak uzur dan tua. Yang ke empat Wan Shamsuri merupakan proksi kepada Dato Wan Amizan ( Adun Tahan ). Yang Kelima Puan Hartini ketua Puteri Jerantut. Yang ke enam dan yang paling menusuk kalbu rakyat Jerantut iaitu jeng....jeng....jeng... Anak Dato Seri Lim Ah Chap. Mungkin anak kepada Dato Seri Lim ini bakal menjadi kepala Pengerusi didalam Ahli Majlis tersebut kerana kebanyakan ahli ahli majlis melayu adalah kroni kroni Dato Seri Lim Ah Chap.




Bersambung pada minggu hadapan------TUNGGU!!!!!!


Minggu hadapan penulis akan keluarkan satu keputusan mesyuarat exco negeri Pahang berkenaan tapak perhentian bas Inderapura, bagaimana keputusan mesyuarat exco bersetuju tapak itu diserahkan kepada Majlis Daerah Jerantut dan kemudian bertukar milik pajakan kepada pemilik persendirian dengan pajakan 66tahun... MB sila jawab. Adakah ini berkaitan dengan keputusan Ahli Majlis Daerah Jerantut??? Penulis akan siarkan surat tersebut didalam masa terdekat ini.