Rabu, 16 November 2011

PROJEK 6D DI DALAM AHLI MAJLIS DAERAH JERANTUT YANG BARU


Salam Berjumpa Lagi.

Ini bukan mukadimah lagi, atau mengeluarkan kata kata kiasan.Hari ini penulis akan berterus terang apa yang terbuku daripada luahan suara rakyat Jerantut terhadap kepimpinan yang ada di Jerantut sekarang ini.


Pertama penulis mendapat khabar berita tentang perlantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut yang baru. Penulis ada menghubungi staff Majlis Daerah Jerantut baru baru ini bertanya tentang perlantikan tersebut. Penulis amat terkejut apabila staff tersebut menyatakan Jerantut bakal hancur dengan lahirnya dubuk dubuk baru ini. Jadi kenapa penulis memberi tajuk PROJEK 6D. Maksud kepada PROJEK 6D ialah DATANG-DUDUK-DIAM-DENGAR-DAPAT-DUIT. Itulah bekalan kepada rakyat Jerantut pada masa akan datang.

Siapakah yang dilantik pada musim ini yg tak tahu bila berakhir Ahli Majlis tersebut, Mungkin sepanjang hayat. Mungkin setelah Barisan Nasional kalah atau mungkin satu satu di berkas SPRM. Fikir sendiri selepas mambaca lauhan ini.



Yang di lantik ialah 6 muka baru dan 6 telah terkeluar antaranya Tuan Abdullah Lebai Din atau di kenali dengan Dollah Kicap seorang peneroka di Jengka 24. Minta rakyat siasat sendiri siapa dia ini. Yang kedua Dato Halim Jalil lebih dikenali Dato Halim Chap seorang penjual roti pada masa dahulu. Yang ketiga Wan Anuar Hakim seorang bekas penghulu yang agak uzur dan tua. Yang ke empat Wan Shamsuri merupakan proksi kepada Dato Wan Amizan ( Adun Tahan ). Yang Kelima Puan Hartini ketua Puteri Jerantut. Yang ke enam dan yang paling menusuk kalbu rakyat Jerantut iaitu jeng....jeng....jeng... Anak Dato Seri Lim Ah Chap. Mungkin anak kepada Dato Seri Lim ini bakal menjadi kepala Pengerusi didalam Ahli Majlis tersebut kerana kebanyakan ahli ahli majlis melayu adalah kroni kroni Dato Seri Lim Ah Chap.




Bersambung pada minggu hadapan------TUNGGU!!!!!!


Minggu hadapan penulis akan keluarkan satu keputusan mesyuarat exco negeri Pahang berkenaan tapak perhentian bas Inderapura, bagaimana keputusan mesyuarat exco bersetuju tapak itu diserahkan kepada Majlis Daerah Jerantut dan kemudian bertukar milik pajakan kepada pemilik persendirian dengan pajakan 66tahun... MB sila jawab. Adakah ini berkaitan dengan keputusan Ahli Majlis Daerah Jerantut??? Penulis akan siarkan surat tersebut didalam masa terdekat ini.

Jumaat, 28 Oktober 2011

MENGHARAPKAN PILIHANRAYA 13 TAK KUNJUNG TIBA... BILA?





Najib sekali lagi cuba berdalih dan mengharapkan rakyat mempercayainya. Desas desus pilihanraya akan diadakan dalam tempoh yang tak berapa lama lagi telah lama diyakini. Beberapa indikator ke arah itu telah dipamerkan.Paling meyakinkan ialah pertemuan PM dengan ahli parlimen umNO.

Kenyataan Najib dan pemimpin umNO sewajarnya di fahami secara " mafhum mukhalafah" atau sebaliknya. Masih ingat teka teki pilihanraya Pak Lah??? Hari ni nafi esok umum.Itulah budaya pemimpin umNO! jangan sesekali terpedaya apatah lagi meyakini sepenuh hati,bukan lagi lidah biawak tu,entah lidah apa pun tak tau nak kata.

Berbagai maklumat petunjuk pilihanraya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Projek yang mengalir adalah antara petunjuk itu. Projek bukan hanya untuk menarik perhatian rakyat, tetapi yang lebih penting ialah keuntungan yang dibahagikan melalui projek tersebut. Rakyat tidak sewajarnya memahami projek itu untuk kepentingan rakyat,tetapi menilai keuntungan berganda dan atas angin yang dimiliki pelbagai pihak atas projek tersebut.

Semakin banyak projek,semakin banyak untung atas angin yang dapat. Umum mengetahuI kedudukan ekonomi Malaysia. Walaupun dicanangkan ia semakin pulih... meningkat...stabil dan sebagainya,namun hakikatnya rakyat sedang menderita dengan pelbagai tekanan kenaikan perkhidmatan dan barangan.

Ada maklumat dari media Singapura kononnya kerajaan Malaysia telah mencetak tambahan duit. Jika ini berlaku,bermakna duit dalam poket kita ditarik secara ghaib.Ni bukan kes toyol curi duit, lebih hebat lagi.Kalau benar berita tersebut.bererti nilai matawang kita semakin rendah,bererti nilai duit kita seringgit dalam poket mungkin menjadi 90 sen tanpa disentuh.Ia hanya disedari apabila tukaran asing di buat.

Petanda pilihanraya ini menuntut kerja keras bagi mempastikan negara tidak berterusan dengan tekanan kenaikan harga barang khususnyan minyak dan barangan keperluan harian. Jika ia berlaku dalam tempoh terdekat,kita adalah penentunya.Apapun tenang bakal menjadi exercise terbaik untuk PR dan BN menguji jentera dan kekuatan parti



Siap sedia UMNO Bahagian Jerantut.

Isnin, 13 Jun 2011

UMNO BAHAGIAN JERANTUT MENUNGGU MASA DI TALKIMKAN

Melihat sahaja virus yang melanda pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Jerantut seolah-olah tidak mempedulikan isu-isu rakyat dan juga suara-suara rakyat yang sangat jelas mementingkan diri sendiri.Ini terbukti apabila usul didalam parti tidak diutarakan dan hanya menjaga kepentingan politik pemimpin Umno.

Jika perkara ini berterusan maka sudah pasti riwayat Umno di Jerantut pasti akan tamat.Umno di Jerantut hanya syok sendiri tidak memikirkan mereka-mereka diluar yang tidak berkepentingan kepada mereka.

Langsung tidak ada pelapis pemimpin selepas ini, yang ada hanyalah mereka yang tidak mempunyai kualiti. Langsung tidak ada kewibawaan.pemimpin selepas ini. Siapa anak muda yang berminat dengan Umno jika pemimpinnya korupsi dan tiada integriti.
Umno Jerantut perlukan perubahan!!!! Lahirkan pewaris Umno yang berwibawa. Zaman sudah berubah tapi Umno Jerantut tidak berubah.

emmmm.........

Ahad, 17 April 2011

YB Senator Dato' T Murigiah Lucut Jawatan, Calon Ganti Khairy Jamaluddin Sebagai Timbalan Menteri Di JPM. LAYAK KAH????

Salam SEMUA kpd pembaca blog PATPATSIKULIPAT.
Penulis sudah lama tidak menulis kerana sibuk dgn masa belajar yg sangat penuh.

Petang tadi penulis di hubungi oleh orang kuat negara berkenaan satu isu besar.
Beliau menyatakan kepada penulis yg Yb Senator T Murigiah akan di lucutkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau menyatakan juga yang jawatan itu akan di isi oleh calon calon yang layak duduk di kerusi Timbalan di JPM itu. Antara calon calon yg di perkatakan kepada penulis menyebabkan penulis tidak sedap hati kerana pemimpin tersebut pasti akan menghancur politik UMNO di Malaysia. Nama yang buat penulis terkejut beruk adalah Khairy Jamaluddin. Penulis tahu yg si Khairy adalah satu satu pemimpin yang langsung tak boleh dipakai guna kerana sifat tamak halobanya, politik wangnya, syarikat syarikat kroni kroninya dan banyak lagi onak yg akan di laku oleh manusia ini.Penulis dapat tahu juga yang Si Khairy mengunakan apa saja cara untuk beliau mendapat jawatan Timbalan tersebut.

Jadi kepada PM dan semua rakyat Malaysia kita mahu manusia bernama KHAIRY JAMALUDDIN ini kah?
FIKIR FIKIR KAN LAH.......