Sabtu, 3 Julai 2010

WAN AMIZAN SABOTAJ PERSIAPAN DEWAN LAWATAN PM

MENGAMUK DAN RUNTUHKAN POSTER DAN KAIN RENTANG

Dato' Wan Amizan ketua pemuda UMNO Jerantut yang merupakan exco pemuda UMNO Malaysia yang dikenali sebagai 'hardcore' KJ mengamuk tiba-tiba datang kedewan Majlis Daerah Jerantut, sebelah petang tadi (jumaat 2/7/10) dan meruntun beberapa poster/kain rentang mengucapkan 'selamat datang PM' dibahagian dalam dewan berkenaan. Beberapa orang jawatan kuasa UMNO Bahagian 'terkejut' melihat telatah Wan Amizan itu.
(2) Semua pekerja yang membuat persiapan itu amat kecewa dengan sikap pemimpin UMNO Bahagian itu kerana tidak menghargai kerja-kerja yang mereka lakukan bertungkus lumus sejak beberapa hari yang lalu. "Jika ada sesuatu yang tidak berkenan, panggillah kami berbincang, bukan dengan cara merusuh begitu" kata pekerja berkenaan. Bagaimanapun setiausaha UMNO Bahagian yang ada pada ketika itu mengarahkan pekerja berkenaan memasang semula setelah Wan Amizan meninggalkan dewan itu.
(3) Kami difahamkan Wan Amizan naik meradang kerana beberapa posternya telah diarahkan oleh Bahagian supaya digantung diluar dewan mesyuarat sahaja, sedangkan beliau meminta pekerjanya memasang didalam dewan kerana jika dipasang diluar dewan PM tidak akan nampak. Antara poster-poster yang hendak dipasang itu adalah 'ucapan dari ADUN Tahan' dan "ucapan selamat datang PM" atas nama peribadinya.
(4) Wan Amizan mengamuk adalah lanjutan dari peminggiran beliau sebagai jawatankuasa sambutan dan beberapa rancangan pemuda telah ditolak oleh pengurusan dan jawatan kuasa sambutan kerana mengarut dan tidak sesuai dengan majlis perasmian perwakilan UMNO Bahagian.

Khamis, 1 Julai 2010

157 PERWAKILAN PEMUDA BOIKOT WAN AMIZAN

PERWAKILAN PEMUDA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN TIDAK HADHIR MESYUARAT BAHAGIAN

Hampir satu perdua perwakilan pemuda UMNO dari 98 cawangan tak hadir mesyuarat perwakilan peringkat Bahagian Jerantut sebagai memboikot Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, yang tidak memperdulikan cawangan-cawangan sejak menang pada 2008 yang lalu.

Dari jumlah perwakilan 33o orang itu, 157 orang yang tidak hadir terdiri dari 70 DUN Damak, 67 DUN Tahan dan 20 DUN Pulau Tawar. Ramai yang mengatakan tidak sampai notis. Kebanyakannya mengatakan mereka hanya "tak ada mood" nak mesyuarat kerana tidak berminat dengan KP berkenaan.

Ketua-ketua Pemuda dan perwakilan berkenaan berpendapat "sejak menang ketua pemuda, satu apa pun tidak ada aktiviti.KP buat haluan sendiri dengarnya banyak berniaga, cari harta, kawin satu lagi dan macam-macam cerita lagi kami dengar".tambah mereka lagi "kalau ketua pemuda macam itu buat apa kami dibawah ber iya-iya sangat".

Mengulas tentang perletakan jawatan Mustafa Maarof sebagai naib ketua pemuda UMNO Bahagian Jerantut mereka berkata "sepatutnya ketua pemuda yang letak jawatan" bagaimanapun mereka yang temui itu enggan namanya disebut mengatakan "tidak ada apa-apa kesan kepada kami siapa pun letak jawatan kerana pemuda UMNO bahagian Jerantut itu patut ditutup saja".

Rabu, 30 Jun 2010

SATU LAGI BLOG LAHIR AKAN MELANYAK ANWAR DAN N.AJIS


SALAM PERJUANGAN


Selamat datang kelaman patpatsikulipat yang baru saja lahir senja merah tadi. Semoga adanya laman ini akan menambahkan lagi kekuatan bangsa melayu yang terhimpit disegenap penjuru. PPS akan menyerang habis-habisan sebarang rupa yang mengkhianati orang melayu-islam. Niat utama blog ini menegakan bangsa melayu kerana percaya bahawa jika melayu lemah islam juga akan lemah.
(11) Blog ini kita mengenal siapa. Samada pemimpin kerajaan, pemimpin parti komponen Barisan Nasional, ahli-ahli UMNO atau PAS,PKR,DAP atau rakyat biasa jika buat hal akan kami ratah seperti sebiji jering muda "krook" hancus. Kami tidak ada kepentingan dengan sesiapa. Kami hanya ada kepentingan dengan Allah swt sahaja. Beringatlah sebelum kami menghidu bau penyelewengan, pengkhianatan, salah guna kuasa, menghentam melayu dan sebarang rupa yang menghina melayu dan islam.
(111) Bagi kami, tidak ada rasa belas kasihan. Jika didapati melampau kami akan lanyak secara melampau juga. Peri kemanusiaan tidak ada dalam kamus patpatsikulipat. Yang ada hanyalah ingatan kepada menegakan agama islam dan bangsa melayu sahaja. Tidak ada lain. Tunggu dan lihat!!!. bagaimana kami menyiku dan melipat.
HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU