Isnin, 22 Oktober 2012

YBM TAN SRI TENGKU AZLAN KEKAL MP JERANTUT, DATO WAN AMIZAN SERTAI PAKATAN RAKYAT JIKA TAK DICALON MP JERANTUT ATAU ADUN TAHAN.

SALAM SEJAHTERA DAN AS-SALAMMUALAIKUM


Sekarang hangat di perkatakan yg YBM Tan Sri Tengku Azlan akan mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Jerantut. Apa yang dijanjikan oleh YBM untuk melepaskan MP Jerantut hanya tinggal kenangan, kerana tenaga dan kekuatan YBM di perlukan pada masa ini. Hanya YBM sahaja yang boleh memenangkan BARISAN NASIONAL di bahagian Jerantut.

Hanya perubahan akan berlaku kepada semua ADUN ADUN di tiga kawasan dun di Jerantut iaitu di DUN TAHAN, DUN DAMAK dan DUN PULAU TAWAR.


Ura ura mengatakan yang Dato Wan Amizan tidak akan bertanding lagi sebagai Adun Tahan kerana mempunyai seribu satu masalah yang belum beliau selesaikan dan juga belum dapat diselesaikan di peringkat NEGERI dan NASIONAL. Lapuran dari KEMAS, JASA, MIO, SB SB POLITIK dan sebagainya memberi lapuran yang tepat tentang salah laku Adun Tahan tersebut kepada semua agensi agensi yang dilantik oleh BARISAN NASIONAL dan UMNO MALAYSIA. Ada suara yang mengatakan jika Wan Amizan tidak dicalon sebagai MP mahupun ADUN, Beliau akan menyertai PAKATAN RAKYAT. Dan akan berdendam dengan BARISAN NASIONAL.Inikah pejuang UMNO dan MELAYU yang sebenar?


Dato Dr Ahmad Shukri Ismail juga tidak disenaraikan sebagai Adun Pulau Tawar lagi mahupun MP Jerantut yang di idam idamkan nya selama ini. Beliau juga mempunyai seribu dua masalah. Isu tanah bandar Jerantut di jual kepada yang bukan berhak sedang hangat diperkatakan rakyat Jerantut pada masa ini. Isu tanah felda berstatus Bumiputera di bawah pentadbiran nya banyak lepas kepada CINA CINA KOPERAT. Tapak tapak rumah untuk golongan yang layak belum diselesaikan dengan secara adil. ADAKAH Beliau ini diperlukan lagi sebagai orang YANG BERKHIDMAT untuk rakyat?


YB Dato Lau Lee Adun Damak adalah wakil Rakyat yang paling kuat kerja pada masa ini untuk menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. Jika beliau tercalon lagi adalah 5 penggal berturut turut. Beliau memiliki kekayaan yang sangat besar, sehingga kuota Bumiputera Pertubuhan Peladang Kawasan Paloh Inai di Muadzam Shah pun beliau sebagai Director nya. Subsidi Minyak Diesel pun beliau sapu juga. Dikatakan juga undi kaum cina di kawasan beliau tidak lagi dapat membantu beliau pada PRU13 nanti. Boleh dikatakan semua undi kaum cina telah berpihak kepada pembangkang pada masa ini. Keadaan nya seperti telur di hujung tanduk pada masa ini. Kerana undinya langsung tidak membantu Undi Parlimen BARISAN NASIONAL. PERLUKAH YB MCA INI LAGI?


sekian.

Khamis, 4 Oktober 2012

SKETSA YB TAHAN VS YB P.TAWAR.

BERTEMU LAGI...

SEKADAR HIBURAN TAPI BIAR LAH JADI KENYATAAN AKAN DATANG YA.


KAH..KAH..KAH


KIH..KIH..KIH


HE..HE..HE


2 RINGGIT CUKUP LAH UNTUK GENG TV3 KAMU SEMUA.. AWAK JANGAN MAKAN RASUAH. BERDOSA TAU!!



Jangan Pening Dato.



Sabar Separuh Dari Iman



Mati Gini




 SEKIAN UNTUK HARI INI.

Selasa, 25 September 2012

LIHAT KRONI KRONI YB YB INI?. YANG MANA AKAN MP JERANTUT PADA PRU13. TAKUT DUA2 TERJUN KE AIR.

SALAM SEJAHTERA DAN AS-SALAMUALAIKUM WARAHMATUL HI WABARAKATUH.

Pilihan raya semakin hampir menjelang tiba. Mari kita lihat jentera jentera Umno Bahagian Jerantut berkerja. Untuk wa pulus fi dunia ke? atau untuk kemajuan rakyat nya ke? Kali ini penulis akan memberi kesempatan untuk rakyat Jerantut menilai mereka semua. Kalau mereka boleh memenangkan Barisan Nasional untuk PRU 13 nanti, kita akan undi. Fikir dengan baik siapa mereka ini semua.

Dikatakan pada minggu lepas mesyuarat Majlis Tertinggi telah bersidang di Kuala Lumpur untuk menetapkan siapa calon calon yang ada di dalam senarai Ahli Parlimen seluruh Malaysia. Penulis dikabarkan ada 700 lebih calon pada senarai tersebut utk Pru 13 nanti. Senarai itu akan di saring lagi sehingga di umum kelak oleh Presiden Umno Malaysia.

Di sini penulis akan menerbitkan 2 Carta Kroni Kroni UMNO Bahagian Jerantut:-

GAMBAR PERTAMA:-



GAMBAR KEDUA:-


Adakah mereka ini semua berkerja untuk Umno Bahagian Jerantut.? Boleh kah mereka mereka ini memenangkan Barisan Nasional Jerantut.?

SEKADAR SELINGAN.



ATAU MUNGKIN CALON CALON PARLIMEN SERTA ADUN AKAN BERUBAH SECARA TOTAL. TIADA LAGI YANG LAMA, CALON YANG BARU AKAN DATANG.

Hidup UMNO!!!
Hidup UMNO!!!
Hidup UMNO!!!

Selasa, 27 Mac 2012

MAJLIS DAERAH JERANTUT DISITA MAHKAMAH, ADAKAH REST HOUSE LEPAS TANGAN?


SELAMAT DATANG KE KARNIVAL JERANTUT, SEMPENA TAHUN MELAWAT JERANTUT.

Tapi penulis nak tahu apa masalah Majlis Daerah Jerantut sehingga di sita oleh pihak mahkamah baru baru ini. Apa ke hal nya sehingga jadi sedemikian rupa, memalukan sahaja!!!!
Siapa punya angkara sehingga berlaku benda yang tak patut berlaku. SPRM tolong masuk siasat. Penulis bukan apa suruh SPRM masuk sebab yang di bayar kepada mahkamah adalah duit rakyat hasil kutipan cukai bermacam macam yang di kenakan oleh pihak MDJ.

Tindakan saman dah kena lama oleh pihak mahkamah,tetapi kenapa lewat di bayar oleh pihak MDJ??????, tunggu MB bayar atau tunggu duit dari Ahli Majlis Daerah Jerantut. Mampus tak dapat oittt!!!! Penulis dan rakyat Jerantut nak tanya kpd pihak MDJ kenapa pemilik Resthouse tak di kenakan tindakan serupa seperti MDJ, padahal yang bersalah adalah penyewa Resthouse yang kebal dikenakan sewa dan kebal dalam politik UMNO. Apa kekuatan si WOOK ITAM legaam ni. Nak tunjuk kuat atau nak kalah pilihan raya akan datang. Ahli Majlis Daerah Jerantut pulak apa peranan untuk membantu dan membenteras org seperti WOOK ITAM ni, takut pada MB... Kalau MB bersekongkol bersama penyewa yang tak bayar sewa rest house, gulingkan MB juga pada PRU akan datang nanti. Kan mudah kerja.

SUNGGUH MEMALUKAN DAERAH JERANTUT------"KENA SITA SEBUAH KERAJAAN TEMPATAN"------JAWAB LAH WAHAI WOOK ITAM SI KELDAI HITAM ------JAWAB JAWAB!!!!


Selasa, 31 Januari 2012

MENGAPA KEMAS DAN UMNO TIDAK SALING BERKAIT ? ? ? LUPA KAH UMNO PADA JASA KEMAS

 SALAM SEMUA.


Kita berjumpa lagi.


Pada hari ini penulis ingin berkongsi cerita mungkin agak lama terpendam di lubuk hati penulis mengenang nasib apa fungsi dan kelebihan Jabatan KEMAS dan apa tugas tugas yang di beri bagi membantu UMNO untuk pilihanraya yang akan datang. Penulis ingin mendapat maklum balas dari orang ramai khas nya orang melayu seluruhnya. Penulis juga pernah melawat Pejabat KEMAS Daerah Jerantut baru baru ini. Penulis amat terkejut kerana pada waktu dahulu KEMAS adalah satu organisasi yang dapat menbantu pilihan raya bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kini lain jadinya.


Penulis melihat yang Jabatan KEMAS hanya dapat menjaga pelajar pelajar Pra Sekolah sahaja, tugas mengajar ibu ibu tunggal menjahit dan sebagainya, Untuk menjaga UMNO itu sudah tiada lagi, padahal tugas KEMAS adalah menbantu UMNO itu. Adakah KEMAS telah di koperatkan? Adakah KEMAS tidak digunakan pakai oleh UMNO itu sendiri? Adakah UMNO merasakan parti mereka kuat untuk hadapi pilihan raya? Adakah peruntukan kepada KEMAS tidak disalurkan lagi, cuma berharap pada wang ibubapa yang menghantar anak anak mereka ke tadika KEMAS? Adakah KEMAS tiada kaitan dengan UMNO lagi? Tepuk dada tanya UMNO.


UMNO perlu bersatu dengan KEMAS kerana KEMAS adalah satu satu organisasi yang tahu apa yang berlaku didalam UMNO itu sendiri. Laporan pengundi pengundi pada KEMAS, Laporan pilihan raya pada KEMAS, Laporan pemimpin tinggi UMNO pada pihak KEMAS, Pemantauan KEMAS adalah sangat baik tetapi KEMAS seperti di koperatkan. MENGAPA di anak tirikan KEMAS. UMNO perlu mengkaji dan bersepakat bersama pihak KEMAS jika mahu memerintah lagi DAERAH JERANTUT khasnya. UMNO perlu kena ada kerjasama yang baik bersama pihak KEMAS. 

Perlu di betulkan sebelum terlambat.

Wasalam.