Ahad, 21 November 2010

BLOG NUKLEAR



Blog-blog Jerantut ada antaranya dipanggil blog nuklear. Hari-hari cerita projek nuklear. Empangan hidro Ulu Tembeling. Projek bilion-bilion. Pembangun Jerantut seperti Dubai.Orang Sebatang sungai Tembeling bodoh dari orang asli kucing. Orang Pulau tawar ramai orang gila. Sang Kelembai. Dan macam cerita karut, yang pembaca jadi cika. Bangga dengan keturtunan bendaharanya.Yang paling loya cerita nuklear.Nuklear, nuklear. 

Kawan-kawan  aku kata jika kita baca blog nuklear kita akan kena kesan radio aktif, lebih baik kita lari. Orang luar pun takut radio aktif blog nuklear itu juga, mereka juga lari dan tak berani buka. 

Akhirnya blog Nuklear itu pun jadi blog sunyi, sawang dan lakar macam rumah lakar. Teringat ada satu bandar lakar semua orang lari tinggalkan bandar itu kerana bahaya sisa-sisa nuklear kerana ada loji nuklear dibina disitu. Penulis blog itu marah lalu keluar tuduhan blog dijerantut ada blog tanpa wajah seperti blog aku ini sebagai blog assasin. Aku tak kisah, dia kata blog hantu, blog jin, blog syaitan ke sebab aku bukan penulis yang handai dan aku menulis kalau ada masa lapang aku tulis. Perjuangan aku kalau sap tak tak betul aku tibai. Aku peduli apa. Tapi ramai juga orang baca blog blog aku, bila aku menulis. kalau aku tulis hari-hari pasti blog aku meletup dan banyak peminat. Bagi aku aku hanya ingat nak berjuang bela bangsa ugama dan tanah airku Malaysia. Bangsaku melayu dan ugamaku Islam. Lain dari itu aku tak nampak. Mana-mana pemimpin tak betul kau bantai cukup-cukup. Kalau degil sangat aku tahu nak buat macam mana.

Aku berjaya bantai wook Itam yang banyak mulut itu. Sekarang aku tawar kalau blog nuklear nak belawan dengan aku silakan. Aku takl rugi apa. Yang rugi kau dan boss engkau. Sila cabar aku sekarang. Kalau menulis, janganlah hina orang. Tulis baik-baik. Aku peduli apa keturun engkau. Kau keturunan dewa ke, bangsawan ke apa aku kisah. Yang penting budi bahasa mau ada.

Kalau dah tak ada modal tutup saja blog nuklear tu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong 44sipakuli4.

Tanpa Nama berkata...

Sangat bagus memang saya mungkin akan mendownloadnya. Terima kasih