SALAM SEMUA.
Kita berjumpa lagi.
Kita berjumpa lagi.
Pada hari ini penulis ingin berkongsi cerita mungkin agak lama terpendam di lubuk hati penulis mengenang nasib apa fungsi dan kelebihan Jabatan KEMAS dan apa tugas tugas yang di beri bagi membantu UMNO untuk pilihanraya yang akan datang. Penulis ingin mendapat maklum balas dari orang ramai khas nya orang melayu seluruhnya. Penulis juga pernah melawat Pejabat KEMAS Daerah Jerantut baru baru ini. Penulis amat terkejut kerana pada waktu dahulu KEMAS adalah satu organisasi yang dapat menbantu pilihan raya bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kini lain jadinya.
Penulis melihat yang Jabatan KEMAS hanya dapat menjaga pelajar pelajar Pra Sekolah sahaja, tugas mengajar ibu ibu tunggal menjahit dan sebagainya, Untuk menjaga UMNO itu sudah tiada lagi, padahal tugas KEMAS adalah menbantu UMNO itu. Adakah KEMAS telah di koperatkan? Adakah KEMAS tidak digunakan pakai oleh UMNO itu sendiri? Adakah UMNO merasakan parti mereka kuat untuk hadapi pilihan raya? Adakah peruntukan kepada KEMAS tidak disalurkan lagi, cuma berharap pada wang ibubapa yang menghantar anak anak mereka ke tadika KEMAS? Adakah KEMAS tiada kaitan dengan UMNO lagi? Tepuk dada tanya UMNO.
UMNO perlu bersatu dengan KEMAS kerana KEMAS adalah satu satu organisasi yang tahu apa yang berlaku didalam UMNO itu sendiri. Laporan pengundi pengundi pada KEMAS, Laporan pilihan raya pada KEMAS, Laporan pemimpin tinggi UMNO pada pihak KEMAS, Pemantauan KEMAS adalah sangat baik tetapi KEMAS seperti di koperatkan. MENGAPA di anak tirikan KEMAS. UMNO perlu mengkaji dan bersepakat bersama pihak KEMAS jika mahu memerintah lagi DAERAH JERANTUT khasnya. UMNO perlu kena ada kerjasama yang baik bersama pihak KEMAS.
Perlu di betulkan sebelum terlambat.
Wasalam.
13 ulasan:
nie semua gara2 PERMATA lah... apalah salah kalau KEMAS di upgrade kan sahaja dgn modul-modul dalam PERMATA, kurang faham juga dgn kaitannya...
tapi sedikit sebanyak menyebabkan KEMAS terpinggir secara sedikit demi sedikit.........
Salah siapa.?! bukan nak mencari kslahan, ttp kenyataannya KEMAS tdk lg spt dulu..
Peranan KEMAS trlalu besar sbnarnya dlm masyarakt khususnya luar bandar..syg seribu kali syg klu ada mana2 "institusi @ indvidu" yg menidakkn peranan KEMAS..
kadg2 KEMAS dilihat spt dianaktirikan, kehulu kehilir bak hidung x mancung pipi tersorong2..bila perlu dikerah bagai nak rak, bila senang dibiar spt tdk bertuan...
apapun, KEMAS masih & terus relevan smpi bila2..KEMAS senantiasa KEMAS dlm bekerja...
Kemas begitu sentimental kepada WZWH.
WZWH sejak lahir tinggal dengan arwah datuk yang berkerja sebagai Penyelia Kemas Jerantut sehingga WZWH bersekolah di sekolah berasrama penuh.
WZWH tidak segan silu untuk menyatakan bahawa hasil gaji Penyelia Kemas inilah yang menyara hidup dan persekolahan WZWH secara asas hingga WZWH berjaya belajar ke United Kingdom.
Pada tahun 1970an dan 1980an WZWH akui Kemas begitu berpengaruh dalam politik Jerantut. Beberapa tokoh-tokoh hebat Kemas (semua sudah arwah) menjadi sifu politik bagi generasi veteran politik Jerantut.
Bagaimana Kemas mahu kembali berpengaruh dan UMNO kembali menggunakan khidmat Kemas.
Jawapnya terpulang kepada kreativiti dan inovasi antara Wakil Rakyat dan Kemas Jerantut.
Wakil Rakyat perlu inisiatif untuk gerakkan Kemas.
saya setuju sangat dgn Patpatsikulipat....saya dulu mase kecik sokmo ke KEMAS utk bantu Ibu semasa join program bersama ahli politik Jerantut dan Negeri malah diperingkat Federal.
Kita kena teruskan tradisi ini, harap platfom ini dapat digunakan sepenuhnya oleh ahli politik dan pemimpin tempatan...
KEMAS hari ini dan dulu sudah banyak berubah, kalau dulu kakitangan KEMAS adalah terdiri dari orang UMNO yang diberikan elaun harian oleh UMNO tetapi sekarang kakitangannya juga orang UMNO tetapi mereka telah ditetapkan gajinya oleh kerajaan dan disandarkan kepada JPA, dulu pentadbirannya diuruskan oleh penyelia kanan yang mempunyai latarbelakang politik yang kuat seperti arwah Pakwe Abas, Ust Aziz dan lain-lain lagi hinggalah yang akhir sekali En Ghaffar (bekas SU Pemuda Bhg, N/Ketua Pemuda Bhg & AJK Bhg), sekarang KEMAS telah ditadbir oleh seorang kakikaitangan tetap dikenali sebagai Pegawai KEMAS Daerah yang bukan anak tempatan dan tidak punyai asas langsung dengan politik. Walaupun jawatan penyelia masih wujud tetapi yang membuat keputusannya adalah Pegawai KEMAS Daerah sebagai ketua pentadbiran. Pada pandangan saya, KEMAS masih boleh digembelingkan lagi untuk membantu UMNO melalui penyelia-penyelianya yang punyai pengalaman luas dalam politik dan hari inipun mereka ini ada yang punyai ijazah seprti en adib, en saidin, en yahya, pn masizun, pn masliza dan en ghaffar..
kemas dah tak kemas
Untuk anon 2 Febuari 2011 (10.26.am)...Untuk makluman, pengurusan dalam KEMAS sangat cantik jika setiap kakitangan betol2 faham dengan tugas dan peranan masing2...Untuk Aset Di KEMAS di bekalkan oleh kerajan bukan nye UMNO...Jawatan Pegawai KEMAS dilantik dibawh SPA bg mengurus urusan berkaitan Pentdbiran yang melibatkan Aset2 kerajan kerana sebarang aset yang dibekalkan oleh kerajan mesti dibawah pengelolaan kakitangan bertaraf TETAP... untuk Maklumat lanjut rajin2 kan lah diri merujuk kepada UNDANG-UNDANG KERAJAAN, PERINTAH-PERINTAH AM & ARAHAN PENTADBIRAN, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Bab-Panduan Pengurusan Pejabat
Untuk anon 2 Febuari 2011 (10.26.am)...Untuk makluman, pengurusan dalam KEMAS sangat cantik jika setiap kakitangan betol2 faham dengan tugas dan peranan masing2...Untuk Aset Di KEMAS di bekalkan oleh kerajan bukan nye UMNO...Jawatan Pegawai KEMAS dilantik dibawh SPA bg mengurus urusan berkaitan Pentdbiran yang melibatkan Aset2 kerajan kerana sebarang aset yang dibekalkan oleh kerajan mesti dibawah pengelolaan kakitangan bertaraf TETAP... untuk Maklumat lanjut rajin2 kan lah diri merujuk kepada UNDANG-UNDANG KERAJAAN, PERINTAH-PERINTAH AM & ARAHAN PENTADBIRAN, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Bab-Panduan Pengurusan Pejabat
Setiap kakitangan KEMAS mempunyai peranan & fungsi masing2...Saya melihat Pengurusan dalam KEMAS sangt cantik jika semua kakitangan KEMAS menjalankan tugas & tanggungjawab yang telah di AMANAHKAN oleh Kerajaan dan UMNO...Jawatan tidak menjadi penghalang kerana setiap kakitangan KEMAS mempunyai peranan dan fungsi masing2 yg saling memerlukan...Setiap anggota KEMAS perlu menilai diri sendiri adakah anda telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada anda atau hanya menjadi "parasit" dalam KEMAS...KEMAS akan terus menjadi tulang belakang UMNO jika kakitangan KEMAS yg malas tiada dalam KEMAS...
anom 2feb (10.26am) & 3feb (11.59am,12.00pm) - saya bersetuju dengan anom (11.44am) bahawa 'KEMAS sudah tidak Kemas lagi', memang benar apa yang diperkatakan anom 10.26am yang mana KEMAS dahulu sebenar-benarnya membantu politik UMNO( spt. arwah pakwa abas, atok wan zuri dll). Buat masa sekarang ini saya hanya tabik kepada hanya beberapa orang KEMAS yang masuk sebenarnya kedalam kancah politik bahagian ini, yang lain hanya bercakap besar dan tidak pernah merasa penat jerihnya perjuangan ini.., Anom 3feb 11.59am ni hanya mendabik dada, tetapi tong kosong kononnya dialah yang kuat membantu, hapah...., kalau UMNO kalah taulah tinggi atau rendahnya langit ni, kamu semua tidak akan diterima lagi menjadi orang KEMAS, tak usahlah nak mendabik dada konon dialah yang arif dengan undang-undang kerajaan, tak nampakpun harta KEMAS yang ada untuk dikawal, orang KEMAS dulupun taklah sebuk-sebuk dengan undang-undang, tak sebuk-sebuk mendabik dada, urusan membantu UMNO berjalan dengan baik.., kalau diteliti ayat anom 10.26 tu ada yang betulnya
aku sukong tulisan anom 10.26am tuh, betui amatlah sejarah KEMAS tuh.., mimanglah KEMAS dulu dan KEMAS ari ni dah jauh berubah ikut peredaran zaman, akupun pelik kenapa pulok ada anom yang bangang yang tidak paham apa yang ditulis oleh anom 10.26am tuh, disuruh pulok rujuk undang-undang kerajan dan perintah am dan sebagainya, aku tingok tak ada pun anom 10.26am mengata sesiapa, dia tuh ngata benor, apa pulok nok hukum dia weh, budo betui................
Majlis Belia Daerah Jerantut MINTA LINK BLOG KAMI MBD JERANTUT KEDALAM BLOG SAUDARA.
http://mbdjerantut11.blogspot.com
saya adalah bekas kakitangan KEMAS zaman pakwe abas dan benar-benar faham dengan perjalan dan peranan yang dimainkan oleh KEMAS, hari ini KEMAS telah bertukar struktur pengurusannya, sekarang telah diletakkan dengan seorang pentadbir diperingkat daerah menggantikan penyelia kanan yang dulunya mengawal semua unit dalam KEMAS termasuk mentadbir, saya amat kesal dan pelik kenapa pihak pengurusan atasan KEMAS dan juga ahli politik seperti pak menteri pembangunan luar bandar terlepas pandang kepada Penyelia Kanan yang punyai pengalaman yang begitu banyak tidak diberikan peluang ditempat Pegawai KEMAS Daerah, saya dengar cerita ada diantara Penyelia Kanan bukan sahaja mempunyai Diploma malah mereka telah punyai Ijazah, jadi apa yang saya dapat lihat KEMAS telah lari jauh daripada peranan asalnya membantu UMNO, mata dan telinga kerajaan dalam menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan membantu masyarakat luar bandar, Penyelaia Kanan yang suatu ketika begitu proaktif tetapi sekarang ini dibiarkan tanpa peranan yang bersesuaian dengan pengalamannya
Catat Ulasan